Angin
bertiupan ganas. Bunyi cengkerik yang sebelum ini bersahut – sahutan membelah
kesunyian malam nampaknya tiada pada malam ini. Membuatkan hutan tebal itu
menjadi seram dan suram. Kelihatan seorang wanita rebah ke tanah apabila
kakinya tersadung akar kayu. Dia terbatuk – batuk sambil cuba untuk bangun
semula. Malangnya, dia rebah sekali lagi.
“Aduhh!” Wanita itu
mengaduh kesakitan. Dia cuba untuk bangun sekali lagi namun nampaknya usahanya
itu adalah sia – sia kerana dia rebah sekali lagi menyembah bumi. Dia mengeluh
perlahan. Menyesali tindakan bodoh yang telah dilakukan – melarikan diri!
Bunyi kilat yang kuat
menyentakkan dirinya. Dia mendongak. Kelihatan seorang lelaki berbaju merah
terbang buas di udara. Pasti dia mencari aku, bisik wanita itu. Dia mengensot
perlahan – lahan ke bawah sepohon pokok. Dengan harapan - lelaki tadi tidak
perasan dia di sini.
“Nampaknya, kau taklah
sebijak yang aku sangkakan.” Satu suara sinis yang tiba – tiba muncul
membuatkan wanita yang berada di bawah pokok itu tersentak. Dia memandang ke
arah hadapannya. Nampaknya, lelaki yang dielak kedatangannya tadi dapat
mejumpai aku di sini. Arghh, bodoh! Wanita itu menyumpah dirinya.
“Berikan aku bebola
Kristal itu jika kau mahu selamat, Angel.” Lelaki berbaju merah tersenyum
sinis. Suaranya dikeraskan dan dia menahan diri daripada berkasar dengan wanita
yang dipanggil Angel tadi. Berkasar bukanlah satu tindakan yang baik. Sudah
pasti dia tidak akan memberikan bebola Kristal itu kepada aku jika aku berkasar
dengannya, lelaki itu berbisik sendirian.
“Tidak! Aku tak akan
berikan bebola ini pada kau. Kau syaitan! Kau pemusnah! Kau tak layak memiliki
bebola ini! Kau tak layak Evil!” Wanita yang dipanggil Angel tadi menjerit.
Sumpah, dia akan menjaga bebola Kristal itu sebaiknya bagai nyawa sendiri. Dia
tidak mahu bebola itu jatuh ke tangan orang yang salah seperti Evil. Dia tidak
mahu bumi ini musnah kerana kesyaitanan abangnya a.k.a Evil itu.
“Jika aku syaitan, kau
itu apa? Bukankah kau itu adik kandung aku? Sekarang kau nak berlagak pula? Kau
ingat kau itu siapa? Malaikat?” Lelaki itu bangun. Matanya memerah menunjukkan
kemarahan mula bermaharajalela di dalam dirinya.
“Siapa aku, itu tidak
penting! Yang penting, aku sesekali tidak akan menyerahkan bebola ini kepada
kau Evil. Eve dah amanahkan aku untuk jaga bebola ini sehingga aku mati. Dan
sesungguhnya aku tak akan benarkan kau memiliki bebola ini.” Angel bertegas.
Dia turut bangun menghadap abangnya itu. Bebola itu sebenarnya disimpan di dalam
badannya sebagai satu kuasa. Jika dia masih hidup, bebola itu juga hidup dan
jika dia tidak bernyawa, bebola itu tidak akan berguna lagi. Oleh itulah dia
sentiasa memastikan dirinya selamat dan masih hidup. Sebab itu jugalah Evil
tidak boleh mengapa – apakan dirinya.
“Tak guna!!” Evil
bertempik garang. Langit yang tadinya cerah kini bertukar gelap – gelita. Angin
yang bertiupan tadi bertiup dengan garang dan kuat. Evil yang tadinya lembut
bertukar menjadi garang pula ketika ini.
“Serahkan bebola itu kepada
aku!” Evil semakin mengganas. Dia menjelma dalam satu jelmaan yang menakutkan.
Badannya tinggi, berbulu dan besar. Namun itu masih tidak mampu untuk
menakutkan Angel. Sebaliknya Angel hanya berdiam diri dan mulutnya terkumat –
kamit memohon pertolongan.
“Jangan sesekali serahkan
bebola itu kepada Evil!” Seorang wanita berpakaian jubah putih muncul di situ.
Berdiri di hadapan Evil tanpa rasa gentar. Jubah putihnya kelihatan beralun
ditiup angin. “Jangan sesekali serahkan bebola itu kepada Evil!” Dia mengulang
ayat yang sama - kali ini dengan suara yang dikeraskan. Arahan itu kedengaran
amat tegas di pendengaran Angel.
“Kau tak layak nak arah
aku, Eve.” Evil bersuara lembut tetapi tegas. Matanya memandang wanita cantik yang
berdiri di hadapannya. Sayang sekali, di wajah itu tiada sedikit pun senyuman
untuk dirinya. Yang ada hanyalah wajah yang tegas dan kelat.
“Aku layak arah kau,
Evil. Aku layak kerana aku ialah ketua di sini. Aku dah amanahkan Angel untuk
menjaga bebola Kristal itu sehingga tamat nyawanya. Aku buat keputusan secara
adil. Apa lagi yang kau mahukan wahai Evil? Belum puaskah kau dengan segala
kerosakan yang kau buat di bumi ini?” Eve bersuara tenang. Selaku ketua di
situ, dia sememangnya perlu bersikap tenang dan penyabar. Perlu bertolak – ansur
dan lemah – lembut. Baginya, berkasar bukanlah cara yang bagus.
“Sepatutnya aku yang kau
amanahkan untuk menjaga dan memiliki bebola itu Eve. Bukan dia! Tapi kenapa dia
juga yang kau pilih?!”
“Sebab kau pemusnah.”
Ringkas, padat dan tepat sekali jawapan yang diberi Eve. Angel yang dari tadi
diam membisu hanya memerhati kedua – duanya. Dia tidak mahu menyampuk dan
mencelah – itu bukanlah urusannya.
Selesai sahaja jawapan
yang diberi Eve, langit bertukar menjadi cerah. Bulan purnama yang tadinya
dilitupi awan, kembali menonjolkan diri. Namun, itu sekejapan cuma. Ketenangan
itu tidak kekal lama. Tanah bergegar hebat. Kilat saling sabung – menyabung.
Bunyi burung hantu bersahut – sahutan. Tanah yang dipijak ketiga – tiganya
terbelah dua dan menenggelamkan ketiga – tiganya sekaligus.
“Arghhhhhh!!!” Tempikan
ketiga – tiganya bersatu. Selepas itu, keadaan kembali tenang. Namun, nasib
ketiga – tiganya yang ditenggelamkan masih belum diketahui….
~BERSAMBUNGG~