Saturday, 11 June 2016

EVIL VS ANGEL PART 1




Angin bertiupan ganas. Bunyi cengkerik yang sebelum ini bersahut – sahutan membelah kesunyian malam nampaknya tiada pada malam ini. Membuatkan hutan tebal itu menjadi seram dan suram. Kelihatan seorang wanita rebah ke tanah apabila kakinya tersadung akar kayu. Dia terbatuk – batuk sambil cuba untuk bangun semula. Malangnya, dia rebah sekali lagi.
“Aduhh!” Wanita itu mengaduh kesakitan. Dia cuba untuk bangun sekali lagi namun nampaknya usahanya itu adalah sia – sia kerana dia rebah sekali lagi menyembah bumi. Dia mengeluh perlahan. Menyesali tindakan bodoh yang telah dilakukan – melarikan diri!
Bunyi kilat yang kuat menyentakkan dirinya. Dia mendongak. Kelihatan seorang lelaki berbaju merah terbang buas di udara. Pasti dia mencari aku, bisik wanita itu. Dia mengensot perlahan – lahan ke bawah sepohon pokok. Dengan harapan - lelaki tadi tidak perasan dia di sini.
“Nampaknya, kau taklah sebijak yang aku sangkakan.” Satu suara sinis yang tiba – tiba muncul membuatkan wanita yang berada di bawah pokok itu tersentak. Dia memandang ke arah hadapannya. Nampaknya, lelaki yang dielak kedatangannya tadi dapat mejumpai aku di sini. Arghh, bodoh! Wanita itu menyumpah dirinya.
“Berikan aku bebola Kristal itu jika kau mahu selamat, Angel.” Lelaki berbaju merah tersenyum sinis. Suaranya dikeraskan dan dia menahan diri daripada berkasar dengan wanita yang dipanggil Angel tadi. Berkasar bukanlah satu tindakan yang baik. Sudah pasti dia tidak akan memberikan bebola Kristal itu kepada aku jika aku berkasar dengannya, lelaki itu berbisik sendirian.
“Tidak! Aku tak akan berikan bebola ini pada kau. Kau syaitan! Kau pemusnah! Kau tak layak memiliki bebola ini! Kau tak layak Evil!” Wanita yang dipanggil Angel tadi menjerit. Sumpah, dia akan menjaga bebola Kristal itu sebaiknya bagai nyawa sendiri. Dia tidak mahu bebola itu jatuh ke tangan orang yang salah seperti Evil. Dia tidak mahu bumi ini musnah kerana kesyaitanan abangnya a.k.a Evil itu.
“Jika aku syaitan, kau itu apa? Bukankah kau itu adik kandung aku? Sekarang kau nak berlagak pula? Kau ingat kau itu siapa? Malaikat?” Lelaki itu bangun. Matanya memerah menunjukkan kemarahan mula bermaharajalela di dalam dirinya.
“Siapa aku, itu tidak penting! Yang penting, aku sesekali tidak akan menyerahkan bebola ini kepada kau Evil. Eve dah amanahkan aku untuk jaga bebola ini sehingga aku mati. Dan sesungguhnya aku tak akan benarkan kau memiliki bebola ini.” Angel bertegas. Dia turut bangun menghadap abangnya itu. Bebola itu sebenarnya disimpan di dalam badannya sebagai satu kuasa. Jika dia masih hidup, bebola itu juga hidup dan jika dia tidak bernyawa, bebola itu tidak akan berguna lagi. Oleh itulah dia sentiasa memastikan dirinya selamat dan masih hidup. Sebab itu jugalah Evil tidak boleh mengapa – apakan dirinya.
“Tak guna!!” Evil bertempik garang. Langit yang tadinya cerah kini bertukar gelap – gelita. Angin yang bertiupan tadi bertiup dengan garang dan kuat. Evil yang tadinya lembut bertukar menjadi garang pula ketika ini.
“Serahkan bebola itu kepada aku!” Evil semakin mengganas. Dia menjelma dalam satu jelmaan yang menakutkan. Badannya tinggi, berbulu dan besar. Namun itu masih tidak mampu untuk menakutkan Angel. Sebaliknya Angel hanya berdiam diri dan mulutnya terkumat – kamit memohon pertolongan.
“Jangan sesekali serahkan bebola itu kepada Evil!” Seorang wanita berpakaian jubah putih muncul di situ. Berdiri di hadapan Evil tanpa rasa gentar. Jubah putihnya kelihatan beralun ditiup angin. “Jangan sesekali serahkan bebola itu kepada Evil!” Dia mengulang ayat yang sama - kali ini dengan suara yang dikeraskan. Arahan itu kedengaran amat tegas di pendengaran Angel.
“Kau tak layak nak arah aku, Eve.” Evil bersuara lembut tetapi tegas. Matanya memandang wanita cantik yang berdiri di hadapannya. Sayang sekali, di wajah itu tiada sedikit pun senyuman untuk dirinya. Yang ada hanyalah wajah yang tegas dan kelat.
“Aku layak arah kau, Evil. Aku layak kerana aku ialah ketua di sini. Aku dah amanahkan Angel untuk menjaga bebola Kristal itu sehingga tamat nyawanya. Aku buat keputusan secara adil. Apa lagi yang kau mahukan wahai Evil? Belum puaskah kau dengan segala kerosakan yang kau buat di bumi ini?” Eve bersuara tenang. Selaku ketua di situ, dia sememangnya perlu bersikap tenang dan penyabar. Perlu bertolak – ansur dan lemah – lembut. Baginya, berkasar bukanlah cara yang bagus.
“Sepatutnya aku yang kau amanahkan untuk menjaga dan memiliki bebola itu Eve. Bukan dia! Tapi kenapa dia juga yang kau pilih?!”
“Sebab kau pemusnah.” Ringkas, padat dan tepat sekali jawapan yang diberi Eve. Angel yang dari tadi diam membisu hanya memerhati kedua – duanya. Dia tidak mahu menyampuk dan mencelah – itu bukanlah urusannya.
Selesai sahaja jawapan yang diberi Eve, langit bertukar menjadi cerah. Bulan purnama yang tadinya dilitupi awan, kembali menonjolkan diri. Namun, itu sekejapan cuma. Ketenangan itu tidak kekal lama. Tanah bergegar hebat. Kilat saling sabung – menyabung. Bunyi burung hantu bersahut – sahutan. Tanah yang dipijak ketiga – tiganya terbelah dua dan menenggelamkan ketiga – tiganya sekaligus.
“Arghhhhhh!!!” Tempikan ketiga – tiganya bersatu. Selepas itu, keadaan kembali tenang. Namun, nasib ketiga – tiganya yang ditenggelamkan masih belum diketahui….
~BERSAMBUNGG~

1 comment: