Thursday, 9 June 2016

CERPEN : She's Mine (Part 1)




“Macam mana? Kau setuju ke tak?” Syed Adrian mejongket kening. Pen di tangan dipusing ala heli sambil matanya memandang wajah cantik di hadapan. Melihat wajah itu mencuka, dia tersenyum nipis.

“Takkanlah saya kena kahwin dengan encik?” Ameera menggigit bibir. Takkanlah sebab aku jaga anak dia, dia suruh aku kahwin dengan dia pulak? Tahu lah duda. Opss, duda bukan sembarangan duda!

Syed Adrian yang mempunyai rupa yang kacak dan tubuh badan yang hot itu pernah menjadi duda idaman Malaya! Dia sendiri pun tergoda dan pernah mempunyai perasaan kepada duda merangkap bosnya itu. Tapi perasaannya itu serta merta terkubur bila Syed Adrian mengambil keputusan berkahwin dengan Puan Anis sewaktu berumur 23 tahun.

Tetapi cerita itu sudah lapuk. Puan Anis telah disahkan menghidap barah otak dan meninggal dunia enam tahun yang lalu. Meninggalkan Syed Adrian dengan dua cinta hati, Muhammad Ashraf dan Nurul Damia yang merupakan kembar. Kedua dua adik beradik itu berumur 7 tahun.

Pada mulanya, Syed Adrian tidak dapat menerima bahawa dirinya telah kehilangan insan tersayang. Dua tahun dia menyepi dan Ameera lah yang menjaga anak anaknya. Tapi kini Mia dan Ash telah dijaga sepenuhnya oleh bapa kandung mereka.

“Memang kau kena kahwin dengan aku.” Syed Adrian menjawab selamba. Sengih ditayangkan.

“Encik..” Ameera mengerlipkan matanya berkali kali. Dia tayang senyuman semanis madu.

“Apa?” Syed Adrian tersenyum manis. Suka lihat mata bulat itu. Comel sangat! Dah macam mata Stacy, si kucing parsi kepunyaan anak anaknya kat rumah dia tu ha. Ni Ameera punya pasal lah, bagi nama Stacy. Kang ada orang sangka Stacy tu girlfriend dia pula. Hati dia cuma pada Ameera saja tau. Hehehe..

“Boleh tak kalau kita tak yah kahwin?” Ameera tersenyum lebar. Tak nak aku kahwin dengan kau. Dah lah perangai sebijik macam singa. Mengaum je kije.

No way. Lagipun kau sendiri kan yang cakap dekat anak anak aku yang kau ni mama diaorang. So, Mia dengan Ash ingat kau ni mama kandung mereka. Berani buat berani tanggung ye.” ujar Syed Adrian sinis.

“Tapi..”

“Jumaat ni, sepuluh pagi, aku jemput kau kat rumah k. Kita shopping barang hantaran. Ingat, kalau kau lari aku akan cari kau sampai lubang cacing!” Ugut Syed Adrian keras sebelum melangkah keluar.

“Ummiiiii! Meera tak nak kahwin dengan singa tu!!” Ameera menghantukkan muka ke meja. Fikirannya betul betul kusut! Tak boleh jadi ni! Aku kena jumpa ummi dengan abah juga.
---
“Umi.. Meera tak nak kahwin. Meera muda lagi!” Ameera memuncungkan mulut. Adik beradiknya yang lain dan anak saudaranya sedang enak menjamu selera air tangan umi. Air tangan umi terbaik bohh!

“Muda kamu cakap? 28 tahun tu muda ke?!” Puan Husna menjengilkan mata. Geram. Apa nak jadilah dengan anak aku sorang ni. Umur dah 28 tahun, tapi masih belum berpunya dan berkahwin. Risau pulak dia kalau anaknya itu mendapat gelaran andartu (anak dara tua).

“Ala, kira okay ape 28? Belum masuk 30 an lagi.”

“Budak bertuah ...”

“Ikut je cakap umi, Meera. Kahwin je dengan Adrian. Abah tengok baik budaknya. Lemah lembut, hormat orang tua,  jutawan, handsome ..” Potong encik Zahid.

“Tapi perangai dia sebijik macam singa!” Ameera mencebik.

“Singa ke, beruang ke keputusan abah muktamad!”

Ameera mendengus. Geram dengan keputusan muktamad abahnya. Entah apa lah yang Syed Adrian tu buat sampai umi dan abahnya tekad untuk kahwinkan dia dengan Syed Adrian. Kau nak sangat kahwin dengan aku kan.. kau tengoklah nanti. Hahahahahahahahahah… Ameera ketawa dalam hati. Otaknya ligat berfikir cara untuk mengenakan Syed Adrian. Dia akan pastikan yang Syed Adrian menyesal sebab kahwin dengan dia!
---
“Aku terima nikahnya, Nor Ameera binti Mohd Zahid dengan mas kahwinnya, RM 500.50 ..”

“Sah?”

“Sah!”

“Sah!”

“Alhamdulillah. Bismillahhirrohmanirrohim..”
---
“Ish, macam mana ni? Takkan aku nak suruh mamat tu tidur kat luar pulak. Maunye kena pelangkung dengan abah nanti!” Ameera mundar mandir di dalam bilik pengantin yang dihias indah itu. Kepala digaru beberapa kali. Lagaknya macam perdana menteri yang memikirkan masalah Negara.

“Menungkan ape tu?” Sedang asyik berfikir, satu suara asing menegur. Ameera mendongak, memandang wajah yang putih bersih itu. Kacak! Ya, Syed Adrian memang dikurniakan dengan rupa paras yang kacak dan dia nampak sangatttttttt kacak dengan baju melayu bewarna putih.

Hey.. What’s wrong with you dear?” Syed Adrian menepuk nepuk pipi gebu isterinya. Dah kenapa dengan isteri aku ni? Terbeliak macam nampak hantu!

“Err, nothing. Awak nak mandi ke? Saya siapkan pakaian awak ye.” Ameera menayangkan senyuman manis teramat. Membuatkan dada Syed Adrian berkerja keras mengepam oksigen.

“Mandi sama?” Tanya Syed Adrian nakal membuatkan Ameera menjeling tajam.

“Tak kuasa.” Setelah mengambil sehelai towel  dan pakaian tidur suaminya, dia kembali ke katil dan melabuhkan punggung di situ.

~BERSAMBUNG~

7 comments:

  1. sila tinggalkan jejak walau sepatah huruf. komen anda amat dihargai :)

    ReplyDelete
  2. Lucky Club Online Casino Site - Lucky Club
    Lucky Club is a very popular online casino game developer, with an impressive catalog of games including slots, luckyclub.live blackjack, roulette, video poker, 💰 Top: Videoslots🎲 New Player Bonus: $1000 Playthrough Requirement: 3x🎁 Bonus Wagering: $1,000 Deposit Match💰 Bonus Type: No wagering and wagering requirements: 1x🎁 Welcome Bonus: $1000 Cashback

    ReplyDelete